Wednesday, March 27, 2013

SIAPA KENA GUGUR?

Kuantan : Siapa yang sepatutnya digugurkan, Datuk K. Rajagobal atau pemain?

Itulah persoalan menarik yang timbul selepas pengendali skuad kebangsaan itu menegaskan akan menggugurkan beberapa pemain berikutan persembahan hambar ketika tewas 0-2 kepada Palestin dalam perlawanan persahabatan amal antarabangsa di Stadium Darul Makmur malam kelmarin.
Kekalahan skuad kebangsaan jelas memalukan, apatah lagi, kepada negara yang sedang bergolak dengan peperangan dan tidak mempunyai kemudahan yang sempurna untuk bermain bola sepak selain pemain mereka jarang dapat berlatih bersama.

"Berdasarkan perlawanan malam ini (kelmarin), saya sudah mengenal pasti beberapa pemain yang akan digugurkan selepas dilihar tidak banyak membantu mengekang asakan pemain Palestin.

Salah pemain tiada komitmen.

"Tetapi, saya tidak dapat mendedahkan nama pemain terbabit kerana berasa sudah memberi peluang yang terbaik kepada mereka untuk menonjolkan kebolehan masing-masing," kata Rajagobal sejurus perlawanan.

Mengulas lanjut kekalahan itu, Rajagibal menyalahkan pemain kerana gagal mempamerkan semangat dan kesungguhan tinggi untuk meletakkan kejayaan bermakna buat skuad negara.
"Saya perhatikan bahawa pemain yang diberi peluang gagal menyerlah, sedangkan perlawanan ini adalah peluang terbaik buat mereka membuktikan kesungguhan.

"Tetapu mereka gagal melaksanakan tugas yang diberi selepas beberapa pemain utama tidak beraksi atas komitmen bersama pasukan negeri masing-masing.

"Apa yang pasti ketiadaan pemain utama menjejaskan corak permainana pasukan yang menyaksikan kita tewas dan Palestin berjaya menambah gol pada minit akhir perlawanan," katanya.

Kredit to Berita Harian 28 Mac 2013

PASUKAN KEBANGSAAN TIADA CORAK PERMAINAN

Pasukan Malaysia bimbingan Datuk K. Rajagobal sebenarnya tidak mempunyai corak permainan dalam pasukan. Kita lihat pasukan-pasukan dari luar seperti Brazil, Itali, Sepanyol, Jepun, Korea Selatan dan Argentina. Masing-masing mempunyai corak permainan mereka. Brazil dikenali sebagai 'Samba', Sepanyol dikenali sebagai 'Tiki-Taka' dan Belanda pula dikenali sebagai 'Total Football'. 

Apa yang dapat saya perhatikan pemain-pemain pasukan Malaysia, hanya syok sendiri. Dapat bola terus hantar ke atas. Midfield dapat bola terus cari pemain sayap. Kalau main macam itu, maka rosaklah pasukan. Setiap pasukan hendaklah bermain mengikut kelebihan dan kekurangan yang ada pada setiap pemain.
  • Kenapa barisan pemain sayap Malaysia melakukan hantaran tinggi sedangkan ketinggian penyerang Malaysia tidak melebihi 185 cm?
  • Kenapa pemain pertahanan tengah yang melakukan hantaran jauh sedangkan terdapat dua orang midfielder?
  • Apakah fungsi pemain tengah dalam pasukan Malaysia?
Persoalan di atas dapat dijawab dengan jawapan ini : 
  • Perancangan Ketua Jurulatih.
Permainan Mahali Jasuli, Wan Zack Haikal, Fadhli Shas dan Zubir Azmi cukup berbeza ketika bermain di bawah kendalian Ong Kim Swee. Datuk K. Rajagobal masih menggunakan cara dan taktikal yang sama ketika memenangi Pingat Emas Sukan Sea 2009 dan Piala AFF Suzuki 2010. Percayakah anda bahawa kemenangan ketika itu hanyalah nasib semata-mata. 

Jawapannya adalah kebanyakan pemain yang digunakan oleh Datuk K. Rajagobal adalah pemain dari bimbingan B. Sathiananthan. B. Sathiananthan sebenarnya adalah watak utama yang menaikkan maruah bola sepak Malaysia. Beliau membimbing skuad negara memenangi Pesta Bola Merdeka. Selepas hukuman ke atas B. Sathiananthan tamat, beliau telah membimbing Angkatan Tentera Malaysia FA dan berjaya membawa pasukan tersebut memenangi Liga Perdana 2012 dan mara ke final Piala Malaysia 2012 sebelum menjulang Piala Sumbangsih 2013. 

Jika pasukan Malaysia masih lagi bermain ditahap yang sama, maka harapan kita untuk melihat skuad negara pergi dengan lebih jauh mungkin tidak kesampaian. Mungkin kita tidak dapat untuk melihat skuad negara kita beraksi di pentas Piala Dunia.