Wednesday, March 27, 2013

SIAPA KENA GUGUR?

Kuantan : Siapa yang sepatutnya digugurkan, Datuk K. Rajagobal atau pemain?

Itulah persoalan menarik yang timbul selepas pengendali skuad kebangsaan itu menegaskan akan menggugurkan beberapa pemain berikutan persembahan hambar ketika tewas 0-2 kepada Palestin dalam perlawanan persahabatan amal antarabangsa di Stadium Darul Makmur malam kelmarin.
Kekalahan skuad kebangsaan jelas memalukan, apatah lagi, kepada negara yang sedang bergolak dengan peperangan dan tidak mempunyai kemudahan yang sempurna untuk bermain bola sepak selain pemain mereka jarang dapat berlatih bersama.

"Berdasarkan perlawanan malam ini (kelmarin), saya sudah mengenal pasti beberapa pemain yang akan digugurkan selepas dilihar tidak banyak membantu mengekang asakan pemain Palestin.

Salah pemain tiada komitmen.

"Tetapi, saya tidak dapat mendedahkan nama pemain terbabit kerana berasa sudah memberi peluang yang terbaik kepada mereka untuk menonjolkan kebolehan masing-masing," kata Rajagobal sejurus perlawanan.

Mengulas lanjut kekalahan itu, Rajagibal menyalahkan pemain kerana gagal mempamerkan semangat dan kesungguhan tinggi untuk meletakkan kejayaan bermakna buat skuad negara.
"Saya perhatikan bahawa pemain yang diberi peluang gagal menyerlah, sedangkan perlawanan ini adalah peluang terbaik buat mereka membuktikan kesungguhan.

"Tetapu mereka gagal melaksanakan tugas yang diberi selepas beberapa pemain utama tidak beraksi atas komitmen bersama pasukan negeri masing-masing.

"Apa yang pasti ketiadaan pemain utama menjejaskan corak permainana pasukan yang menyaksikan kita tewas dan Palestin berjaya menambah gol pada minit akhir perlawanan," katanya.

Kredit to Berita Harian 28 Mac 2013

No comments:

Post a Comment