Wednesday, March 27, 2013

SIAPA KENA GUGUR?

Kuantan : Siapa yang sepatutnya digugurkan, Datuk K. Rajagobal atau pemain?

Itulah persoalan menarik yang timbul selepas pengendali skuad kebangsaan itu menegaskan akan menggugurkan beberapa pemain berikutan persembahan hambar ketika tewas 0-2 kepada Palestin dalam perlawanan persahabatan amal antarabangsa di Stadium Darul Makmur malam kelmarin.
Kekalahan skuad kebangsaan jelas memalukan, apatah lagi, kepada negara yang sedang bergolak dengan peperangan dan tidak mempunyai kemudahan yang sempurna untuk bermain bola sepak selain pemain mereka jarang dapat berlatih bersama.

"Berdasarkan perlawanan malam ini (kelmarin), saya sudah mengenal pasti beberapa pemain yang akan digugurkan selepas dilihar tidak banyak membantu mengekang asakan pemain Palestin.

Salah pemain tiada komitmen.

"Tetapi, saya tidak dapat mendedahkan nama pemain terbabit kerana berasa sudah memberi peluang yang terbaik kepada mereka untuk menonjolkan kebolehan masing-masing," kata Rajagobal sejurus perlawanan.

Mengulas lanjut kekalahan itu, Rajagibal menyalahkan pemain kerana gagal mempamerkan semangat dan kesungguhan tinggi untuk meletakkan kejayaan bermakna buat skuad negara.
"Saya perhatikan bahawa pemain yang diberi peluang gagal menyerlah, sedangkan perlawanan ini adalah peluang terbaik buat mereka membuktikan kesungguhan.

"Tetapu mereka gagal melaksanakan tugas yang diberi selepas beberapa pemain utama tidak beraksi atas komitmen bersama pasukan negeri masing-masing.

"Apa yang pasti ketiadaan pemain utama menjejaskan corak permainana pasukan yang menyaksikan kita tewas dan Palestin berjaya menambah gol pada minit akhir perlawanan," katanya.

Kredit to Berita Harian 28 Mac 2013

PASUKAN KEBANGSAAN TIADA CORAK PERMAINAN

Pasukan Malaysia bimbingan Datuk K. Rajagobal sebenarnya tidak mempunyai corak permainan dalam pasukan. Kita lihat pasukan-pasukan dari luar seperti Brazil, Itali, Sepanyol, Jepun, Korea Selatan dan Argentina. Masing-masing mempunyai corak permainan mereka. Brazil dikenali sebagai 'Samba', Sepanyol dikenali sebagai 'Tiki-Taka' dan Belanda pula dikenali sebagai 'Total Football'. 

Apa yang dapat saya perhatikan pemain-pemain pasukan Malaysia, hanya syok sendiri. Dapat bola terus hantar ke atas. Midfield dapat bola terus cari pemain sayap. Kalau main macam itu, maka rosaklah pasukan. Setiap pasukan hendaklah bermain mengikut kelebihan dan kekurangan yang ada pada setiap pemain.
  • Kenapa barisan pemain sayap Malaysia melakukan hantaran tinggi sedangkan ketinggian penyerang Malaysia tidak melebihi 185 cm?
  • Kenapa pemain pertahanan tengah yang melakukan hantaran jauh sedangkan terdapat dua orang midfielder?
  • Apakah fungsi pemain tengah dalam pasukan Malaysia?
Persoalan di atas dapat dijawab dengan jawapan ini : 
  • Perancangan Ketua Jurulatih.
Permainan Mahali Jasuli, Wan Zack Haikal, Fadhli Shas dan Zubir Azmi cukup berbeza ketika bermain di bawah kendalian Ong Kim Swee. Datuk K. Rajagobal masih menggunakan cara dan taktikal yang sama ketika memenangi Pingat Emas Sukan Sea 2009 dan Piala AFF Suzuki 2010. Percayakah anda bahawa kemenangan ketika itu hanyalah nasib semata-mata. 

Jawapannya adalah kebanyakan pemain yang digunakan oleh Datuk K. Rajagobal adalah pemain dari bimbingan B. Sathiananthan. B. Sathiananthan sebenarnya adalah watak utama yang menaikkan maruah bola sepak Malaysia. Beliau membimbing skuad negara memenangi Pesta Bola Merdeka. Selepas hukuman ke atas B. Sathiananthan tamat, beliau telah membimbing Angkatan Tentera Malaysia FA dan berjaya membawa pasukan tersebut memenangi Liga Perdana 2012 dan mara ke final Piala Malaysia 2012 sebelum menjulang Piala Sumbangsih 2013. 

Jika pasukan Malaysia masih lagi bermain ditahap yang sama, maka harapan kita untuk melihat skuad negara pergi dengan lebih jauh mungkin tidak kesampaian. Mungkin kita tidak dapat untuk melihat skuad negara kita beraksi di pentas Piala Dunia. 

Monday, February 4, 2013

SHAUN MALONEY

BIODATA

NAMA PENUH : Shaun Richard Maloney
TEMPAT LAHIR : Miri, Sarawak, Malaysia
TARIKH LAHIR : 24 Januari 1983
POSISI : Pemain Tengah Menyerang, Sayap
KELAB SEMASA : Wigan Athletic FC
NO SKUAD : 10

KARIER REMAJA

1993 hingga 1995 - Kincorth Boys Club
1995 hingga 1997 - Culter Boys Club
1997 hingga 1999 - Albion Boys Club
1999 hingga 2000 - Glasgow Celtic (Scotland)

KARIER SENIOR

2000 hingga 2007 - Glasgow Celtic (Scotland)
2007 hingga 2008 - Aston Villa FC (England)
2008 hingga 2011 - Glasgow Celtic (Scotland)
2011 hingga kini - Wigan Athletic FC (England)

PASUKAN KEBANGSAAN

2002 hingga 2005 - Scotland Bawah 21(20 penampilan, 6 gol)
2005 hingga kini - Scotland (24 penampilan, 1 gol)

PENCAPAIAN

- Liga Perdana Scotland 2000/01, 2001/02, 2003/04, 2005/06, 2006/07
- Piala Scotland 2001, 2004, 2005, 2007, 2011
- Piala Liga Scotland 2001, 2006, 2009

PENCAPAIAN PERIBADI

- Pemain Terbaik Tahunan PFA Scotland 2006
- Pemain Muda Terbaik Tahunan PFA Scotland 2006
- Pemain Pilihan Penyokong Celtic 2006

Monday, January 28, 2013

SENARAI PEMAIN MALAYSIA KE KELAYAKAN PIALA ASIA 2015

PENJAGA GOL

- Farizal Marlias (Perak FA)
- Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan FA)
- Norazlan Razali (Selangor FA)

PERTAHANAN

- Mahali Jasuli (Selangor FA)
- Amirizwan Taj Tajuddin (ATM FA)
- Fadhli Shas (Harimau Muda A)
- Aidil Zafuan (Darul Takzim FC)
- Azmi Muslim (Darul Takzim FC)
- Helmi Remeli (PKNS FC)
- Faizal Muhammad (Terengganu FA)
- Asraruddin Putra Omar (Selangor FA)
- Nik Mohd Shahrul (Kelantan FA)

TENGAH

- Shukor Jusoh (Selangor FA)
- Shakir Shaari (Kelantan FA)
- Norfarhan Muhammad (Kelantan FA)
- Affizie Faisal (ATM FA)
- K. Reuben (ATM FA)
- Azamuddin Akil (Pahang FA)
- Ashaari Shamsuddin (Terengganu FA)
- Yong Kuong Yong (Perak FA)

PENYERANG

- Khyril Muhymeen (Kedah FA)
- Abdul Hadi Yahya (Perak FA)
- Mohd Amri Yahaya (Selangor FA)
- Fauzi Roslan (Pahang FA)

PIYA TIADA DIHATI K. RAJAGOBAL


Kelana Jaya : Nama kapten Kelantan, Badhri Radzi atau Piya terus tidak mendapat tempat dalam skuad kebangsaan apabila jurulatih Datuk K. Rajagobal mengumumkan senarai akhir 24 pemain, semalam meskipun ketika ramai tonggak utama digugurkan akibat krisis kecederaan.

Skuad Harimau Malaya bakal berlepas ke Dubai, UAE, pagi ini untuk aksi persahabatan menentang Iraq, Jumaat ini dan seterusnya aksi sulung kelayakan Piala Asia 2015 bertemu Qatar di Doha, 6 Februari depan.

Rajagobal tidak dapat membawa 11 pemain iaitu Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Amar Rohidan, S. Kunalan, Wan Zack Haikal Wan Nor, Gary Steven Robbat, K. Gurusamy, Bunyamin Omar, Zubir Azmi, Fitri Omar dan Shahrizal Saad kerana semuanya cedera.

Namun, situasi berkenaan masih belum 'membuka hati' pengendali berusia 57 tahun itu untuk sekurang-kurangnya memanggil Badhri untuk kem latihan skuad kebangsaan.

Tanya Piya sendiri

"Saya fikir tumpuan saya lebih kepada persiapan menghadapi Qatar. Kamu boleh tanya sendiri kepada dia (Badhri). Bukan dia tak main baik, tetapu pemain apa yang kita perlukan pada masa sekarang untuk berdepan Qatar.

"Itu adalah pendapat peminat. Kalau boleh, tanyalah kepada dua bekas jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu dan B. Sathianathan. Mereka berdua boleh beri lebih penjelasan mengenai pemain Kelantan.

"Tiap-tiap jurulatih ada cara atau pemilihannya," kata Rajagobal ketika ditemui pada latihan terakhir di Wisma FAM, Kelana Jaya, petang semalam.

Dalam pada itu, aksi persahabatan menentang Iraq, Jumaat ini berkemungkinan tidak berstatus A kerana Rajagobal bercadang berbincang dengan jurulatih Iraq untuk membenarkan lebih enam pertukaran pemain dibuat sepanjang perlawanan terbabit.

Kredit kepada BERITA HARIAN (29 JANUARI 2013)

Friday, January 18, 2013

SENARAI PERTAMA SKUAD KEBANGSAAN UNTUK TAHUN 2013

Pasukan Malaysia bimbingan Datuk K. Rajagopal akan menentang Iraq dalam perlawanan persahabatan pada 1 Februari 2013. Perlawanan ini adalah sebahagian daripada persiapan untuk menentang Qatar dalam perlawanan kelayakkan Piala Asia 2015. Berikut adalah senarai pemain yang telah dipanggil oleh Datuk K. Rajagopal : 

PENJAGA GOL
- Farizal Marlias (Perak FA)
- Norazlan Razali (Selangor FA)
- Khairul Fahmi (Kelantan FA)

PERTAHANAN
- Mahali Jasuli (Selangor FA)
- Bunyamin Omar (Selangor FA)
- Asraruddin Putra (Selangor FA)
- Aidil Zafuan (Johor Darul Takzim FC)
- Nik Shahrul Azim (Kelantan FA)
- Faizal Muhammad (Terengganu FA)
- Amirizwan Taj (ATM FA)
- K. Reuben (ATM FA)
- Fadhli Shas (Harimau Muda A)

MIDFIELD
- Yong Kuong Yong (Perak FA)
- K. Gurusamy (Selangor FA)
- S. Kunalan (Selangor FA)
- Azamuddin Akil (Pahang FA)
- Shakir Shaari (Kelantan FA)
- Norfarhan Muhammad (Kelantan FA)
- Ashaari Shamsuddin (Terengganu FA)
- Amar Rohidan (Felda United FC)
- Gary Steven Robbat (Harimau Muda A)
- Wan Zack Haikal (Harimau Muda A)

PENYERANG
- Khyril Muhymeen (Kedah FA)
- Norshahrul Idlan Talaha (Johor Darul Takzim FC)
- Safee Sali (Johor Darul Takzim FC)
- Fauzi Roslan (Pahang FA)

Barisan pemain ini menunjukkan bahawa jurulatih kebangsaan telah memilih beberapa pemain yang memiliki prestasi yang baik. Namun ada juga pemain-pemain yang telah terlepas pandang yang mempunyai pemainan yang baik setakat ini seperti : 

- Amirulhadi Zainal (Pahang FA)
- Faizol Hussein (Pahang FA)
- Shahrizan Salleh (Pahang FA)
- Badhri Radzi (Kelantan FA)
- Indra Putra (Kelantan FA)
- Rozaimi Abdul Rahman (Harimau Muda A)
- Hazwan Bakri (Harimau Muda A)
- Venice Elphi (ATM FA)
- Rezal Zambery (ATM FA)
- Amri Yahyah (Selangor FA)
- Muslim Ahmad (Johor Darul Takzim FC)

Banyak reaksi yang berbeza daripada penyokong mengenai pemilihan pemain ketika ini. Pemain yang dilihat tidak memiliki permainan yang setakat ini adalah :

- Amar Rohidan (Felda United FC)
- Bunyamin Omar (Selangor FA)
- K. Gurusamy (Selangor FA)
- Aidil Zafuan (Johor Darul Takzim FC)
- Safee Sali (Johor Darul Takzim FC)

Kenapa skuad kebangsaan seperti mengabaikan khidmat pemain-pemain yang telah beraksi di luar negara. Jika mereka tidak cukup bagus, kenapa mereka dapat beraksi di sana. Kualiti liga di negara sendiri berbeza dengan kualiti di luar negara. Lebih-lebih lagi di Eropah. Senarai pemain yang beraksi di luar Asia Tenggara adalah :

Nazmi Faiz Mansor
- Nazmi Faiz ketika beraksi bersama pasukan SC Beira-Mar. Kelab Beira-Mar merupakan salah satu kelab yang beraksi di liga teratas Portugal. Mereka bersaing dengan pasukan-pasukan seperti Sporting Lisbon, Benfica dan FC Porto. Malah jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho juga memandang bakat Nazmi Faiz. Nazmi Faiz telah sebagai Xavi Hernandez di Portugal.

Tam Sheang Tsung
- Tam Sheang Tsung ketika ini beraksi untuk kelab Shanghai Shensua. Kelab Shanghai Shensua merupakan salah satu kelab yang beraksi di liga teratas China. Kelab tersebut dilatih oleh jurulatih dari Argentina, Sergio Batista. Tam Sheang Tsung mempunyai rakan-rakan sepasukan bertaraf bintang dunia seperti Didier Drogba dan Nicolas Anelka.

Terdapat ramai lagi pemain di luar sana seperti Fakri Saarani, Fandi Anuar, Faril Anuar, Tadashi Takeda, Doni Al-Jawi dan Wan Kuzain Wan Kamal. Adakah mereka tidak diendahkan langsung? Mengapa perkara ini boleh berlaku?

Sama-sama kita saksikan satu eksperimen daripada jurulatih yang dianggap sebagai jurulatih paling berjaya dalam sejarah bola sepak Malaysia. Sekian terima kasih.

Thursday, November 29, 2012

FARIZAL MARLIAS ATAU KHAIRUL FAHMI TERBAIK KETIKA INI

Farizal Marlias Dan Khairul Fahmi boleh dikatakan penjaga gol terbaik negara ketika ini.

KHAIRUL FAHMI CHE MAT

Khairul Fahmi Che Mat merupakan penjaga gol utama skuad kebangsaan sejak tahun 2010. Beliau merupakan penjaga gol pasukan Kelantan FA ketika ini. Beliau telah bersama Kelantan sejak 2006 iaitu ketika bersama skuad Piala Presiden Kelantan. Beliau dilamar untuk menyertai skuad Harimau Muda pada tahun 2008 untuk beraksi dalam saingan Liga Perdana Malaysia. Beliau berjaya membantu skuad Piala Presiden Kelantan layak ke final Piala Presiden 2006/07. Beliau dan Asraruddin Putra Omar telah dijemput untuk menjalani latihan percubaan bersama kelab bawah 19 dan 23 tahun Belanda, PSV Eindhoven selepas mempamerkan persembahan yang cemerlang dalam saingan Piala Juara-Juara Belia 2007 di mana pasukan kebangsaan bawah 19 tahun kecundang seawal peringkat kumpulan selepas tewas 2-1 kepada Bayern Munich, seri 0-0 menentang Chelsea dan tewas 2-0 kepada PSV Eindhoven.

Khairul Fahmi kembali mewakili Kelantan pada tahun 2009. Beliau mencipta rekod sebagai penjaga gol paling muda yang beraksi dalam pasukan senior Kelantan. Beliau merupakan kunci utama kemenangan pasukan Kelantan ke atas Negeri Sembilan dalam final Piala Malaysia 2010. Pada tahun tersebut juga beliau menerima anugerah Pemain Muda Terbaik dan Penjaga Gol Terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100 Plus/FAM.

Beliau mula mewakili pasukan kebangsaan bawah 23 tahun pada tahun 2010. Beliau melakukan penampilan pertama dalam saingan Sukan Asia 2010. Beliau membantu pasukan kebangsaan melayakkan diri ke pusingan ke dua tetapi tumbang 3-1 kepada Iran. Khairul Fahmi menjadi wira ketika membantu skuad kebangsaan bawah 23 tahun mempertahankan pingat emas di Sukan Sea 2011. Beliau juga telah membantu skuad kebangsaan bawah 23 tahun melayakkan diri ke pusingan ketiga kelayakkan Sukan Olimpik 2012.

Beliau membuat penampilan pertama bersama skuad kebangsaan ketika menentang Oman pada 3 September 2010 selepas menggantikan Sharbinee Allawee. Beliau menjadi kunci kejayaan skuad Harimau Malaya menjulang Kejuaraan Piala AFF Suzuki buat kali pertama dalam sejarah pada tahun 2010. Beliau beraksi pada perlawanan kedua peringkat kumpulan menentang Thailand selepas Sharbinee Allawee melakukan kesilapan pada perlawanan pertama di mana Malaysia tumpas 5-1 kepada Indonesia. Khairul Fahmi terus beraksi pada perlawanan seterusnya iaitu ketika mencatatkan kemenangan 5-1 ke atas Laos sebelum mencatatkan rekod tanpa bolos ketika Malaysia menumpaskan Vietnam dalam peringkat suku akhir. Khairul Fahmi terus mengharumkan nama negara selepas membantu Malaysia menang 3-0 pada perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum beliau menyelamatkan sepakan penalti Bambang Pamungkas ketika final kedua di Stadium Gelora Bung Karno yang menyaksikan Malaysia tumpas 2-1 tetapi menjulang kejuaraan selepas Malaysia menang secara agregat 4-2.

Beliau pernah beraksi menentang pasukan dari Liga Perdana Inggeris iaitu ketika tewas 4-0 kepada Arsenal, 6-3 kepada Liverpool pada 2011. Beliau juga beraksi ketika tewas 3-1 kepada Manchester City pada tahun 2012.

FARIZAL MARLIAS

Farizal Marlias merupakan penjaga gol kebangsaan sejak tahun 2007. Beliau merupakan penjaga gol baru pasukan Perak FA untuk saingan Liga Super Malaysia 2013. Beliau pernah beraksi bersama Shahzan Muda (2006-2008), Perlis (2009-2010) dan Negeri Sembilan (2011-2012). Beliau membantu Negeri Sembilan menewaskan Terengganu untuk menjulang Piala Malaysia 2011.

Farizal Marlias menjadi penjaga gol pilihan ketiga di belakang Syed Adney dan Helmi Eliza Elias ketika saingan Piala AFF Suzuki 2008 selepas Badruzaman Abdul Halim terpaksa diketepikan akibat kecederaan. Farizal Marlias memperolehi penampilan pertama bersama skuad kebangsaan pada 12 Julai 2009 ketika menentang Zimbabwe. Beliau beraksi dua perlawanan ketika menentang Manchester United pada tahun 2009 di mana Malaysia tewas kedua-dua perlawanan tersebut. Dalam perlawanan tersebut, Amri Yahya menjaringkan 2 gol cantik ketika Malaysia tewas 3-2 dalam perlawanan pertama.

Farizal Marlias merupakan penjaga gol utama skuad kebangsaan sehingga saingan Piala AFF Suzuki 2010. Tetapi beliau terpaksa diketepikan kerana kecederaan dan tempatnya digantikan oleh Khairul Fahmi Che Mat dan Sharbinee Allawee. Pada tahun 2011, beliau membuat penampilan semula untuk skuad kebangsaan ketika menentang Hong Kong. Beliau juga beraksi ketika menentang pasukan dari Liga Perdana Inggeris, Chelsea di mana beliau tidak dibolosi sehinggalah minit ke 75 selepas Izham Tarmizi menggantikannya.

Farizal Marlias juga beraksi dalam perlawanan menentang Manchester City di mana skuad Malaysia tumbang 3-1.

KESIMPULAN

Berdasarkan rekod dan kejuaraan sememangnya Khairul Fahmi lebih gah berbanding Farizal Marlias. Tetapi Khairul Fahmi sedikit menurun sejak akhir-akhir ini. Persembahan Farizal Marlias dilihat lebih bagus ketika ini. Farizal Marlias pernah dipuji oleh jurulatih-jurulatih dari pasukan Liga Perdana Inggeris seperti Luiz Felipe Scolari (Chelsea), Sir Alex Ferguson (Manchester United) dan Arsene Wenger (Arsenal). Farizal Marlias pernah dilabel sebagai pengganti kepada R. Arumugam.