Thursday, November 29, 2012

FARIZAL MARLIAS ATAU KHAIRUL FAHMI TERBAIK KETIKA INI

Farizal Marlias Dan Khairul Fahmi boleh dikatakan penjaga gol terbaik negara ketika ini.

KHAIRUL FAHMI CHE MAT

Khairul Fahmi Che Mat merupakan penjaga gol utama skuad kebangsaan sejak tahun 2010. Beliau merupakan penjaga gol pasukan Kelantan FA ketika ini. Beliau telah bersama Kelantan sejak 2006 iaitu ketika bersama skuad Piala Presiden Kelantan. Beliau dilamar untuk menyertai skuad Harimau Muda pada tahun 2008 untuk beraksi dalam saingan Liga Perdana Malaysia. Beliau berjaya membantu skuad Piala Presiden Kelantan layak ke final Piala Presiden 2006/07. Beliau dan Asraruddin Putra Omar telah dijemput untuk menjalani latihan percubaan bersama kelab bawah 19 dan 23 tahun Belanda, PSV Eindhoven selepas mempamerkan persembahan yang cemerlang dalam saingan Piala Juara-Juara Belia 2007 di mana pasukan kebangsaan bawah 19 tahun kecundang seawal peringkat kumpulan selepas tewas 2-1 kepada Bayern Munich, seri 0-0 menentang Chelsea dan tewas 2-0 kepada PSV Eindhoven.

Khairul Fahmi kembali mewakili Kelantan pada tahun 2009. Beliau mencipta rekod sebagai penjaga gol paling muda yang beraksi dalam pasukan senior Kelantan. Beliau merupakan kunci utama kemenangan pasukan Kelantan ke atas Negeri Sembilan dalam final Piala Malaysia 2010. Pada tahun tersebut juga beliau menerima anugerah Pemain Muda Terbaik dan Penjaga Gol Terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100 Plus/FAM.

Beliau mula mewakili pasukan kebangsaan bawah 23 tahun pada tahun 2010. Beliau melakukan penampilan pertama dalam saingan Sukan Asia 2010. Beliau membantu pasukan kebangsaan melayakkan diri ke pusingan ke dua tetapi tumbang 3-1 kepada Iran. Khairul Fahmi menjadi wira ketika membantu skuad kebangsaan bawah 23 tahun mempertahankan pingat emas di Sukan Sea 2011. Beliau juga telah membantu skuad kebangsaan bawah 23 tahun melayakkan diri ke pusingan ketiga kelayakkan Sukan Olimpik 2012.

Beliau membuat penampilan pertama bersama skuad kebangsaan ketika menentang Oman pada 3 September 2010 selepas menggantikan Sharbinee Allawee. Beliau menjadi kunci kejayaan skuad Harimau Malaya menjulang Kejuaraan Piala AFF Suzuki buat kali pertama dalam sejarah pada tahun 2010. Beliau beraksi pada perlawanan kedua peringkat kumpulan menentang Thailand selepas Sharbinee Allawee melakukan kesilapan pada perlawanan pertama di mana Malaysia tumpas 5-1 kepada Indonesia. Khairul Fahmi terus beraksi pada perlawanan seterusnya iaitu ketika mencatatkan kemenangan 5-1 ke atas Laos sebelum mencatatkan rekod tanpa bolos ketika Malaysia menumpaskan Vietnam dalam peringkat suku akhir. Khairul Fahmi terus mengharumkan nama negara selepas membantu Malaysia menang 3-0 pada perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum beliau menyelamatkan sepakan penalti Bambang Pamungkas ketika final kedua di Stadium Gelora Bung Karno yang menyaksikan Malaysia tumpas 2-1 tetapi menjulang kejuaraan selepas Malaysia menang secara agregat 4-2.

Beliau pernah beraksi menentang pasukan dari Liga Perdana Inggeris iaitu ketika tewas 4-0 kepada Arsenal, 6-3 kepada Liverpool pada 2011. Beliau juga beraksi ketika tewas 3-1 kepada Manchester City pada tahun 2012.

FARIZAL MARLIAS

Farizal Marlias merupakan penjaga gol kebangsaan sejak tahun 2007. Beliau merupakan penjaga gol baru pasukan Perak FA untuk saingan Liga Super Malaysia 2013. Beliau pernah beraksi bersama Shahzan Muda (2006-2008), Perlis (2009-2010) dan Negeri Sembilan (2011-2012). Beliau membantu Negeri Sembilan menewaskan Terengganu untuk menjulang Piala Malaysia 2011.

Farizal Marlias menjadi penjaga gol pilihan ketiga di belakang Syed Adney dan Helmi Eliza Elias ketika saingan Piala AFF Suzuki 2008 selepas Badruzaman Abdul Halim terpaksa diketepikan akibat kecederaan. Farizal Marlias memperolehi penampilan pertama bersama skuad kebangsaan pada 12 Julai 2009 ketika menentang Zimbabwe. Beliau beraksi dua perlawanan ketika menentang Manchester United pada tahun 2009 di mana Malaysia tewas kedua-dua perlawanan tersebut. Dalam perlawanan tersebut, Amri Yahya menjaringkan 2 gol cantik ketika Malaysia tewas 3-2 dalam perlawanan pertama.

Farizal Marlias merupakan penjaga gol utama skuad kebangsaan sehingga saingan Piala AFF Suzuki 2010. Tetapi beliau terpaksa diketepikan kerana kecederaan dan tempatnya digantikan oleh Khairul Fahmi Che Mat dan Sharbinee Allawee. Pada tahun 2011, beliau membuat penampilan semula untuk skuad kebangsaan ketika menentang Hong Kong. Beliau juga beraksi ketika menentang pasukan dari Liga Perdana Inggeris, Chelsea di mana beliau tidak dibolosi sehinggalah minit ke 75 selepas Izham Tarmizi menggantikannya.

Farizal Marlias juga beraksi dalam perlawanan menentang Manchester City di mana skuad Malaysia tumbang 3-1.

KESIMPULAN

Berdasarkan rekod dan kejuaraan sememangnya Khairul Fahmi lebih gah berbanding Farizal Marlias. Tetapi Khairul Fahmi sedikit menurun sejak akhir-akhir ini. Persembahan Farizal Marlias dilihat lebih bagus ketika ini. Farizal Marlias pernah dipuji oleh jurulatih-jurulatih dari pasukan Liga Perdana Inggeris seperti Luiz Felipe Scolari (Chelsea), Sir Alex Ferguson (Manchester United) dan Arsene Wenger (Arsenal). Farizal Marlias pernah dilabel sebagai pengganti kepada R. Arumugam.

Wednesday, November 21, 2012

PEMAIN NATURALISASI PASUKAN LAWAN

Kali ini saya ingin membincangkan tentang pemain naturalisasi pasukan yang akan bertanding dalam saingan Piala AFF Suzuki. Adakah mereka betul-betul pemain naturalisasi ataupun mempunyai darah keturunan? Di sini saya akan bincangkannya.

INDONESIA

Indonesia dikatakan menggunakan beberapa pemain naturalisasi. Kebanyakkan pemain naturalisasi mereka berasal daripada Belanda. Indonesia pernah dijajah oleh Belanda. Ada rakyat mereka yang telah berkahwin dengan rakyat Belanda. Pemain yang mempunyai talian darah Indonesia-Belanda boleh memilih untuk mewakili Indonesia ataupun Belanda.

Senarai pemain naturalisasi Indonesia : 

Tonnie Cusell (GVVV-Kelab Belanda)


Yoram Pesulima (GVVV-Kelab Belanda)



Irfan Bachdim


- Lahir di Mijdrecht, Belanda.
- Bapanya, Noval Bachdim pemain keturunan Arab-Jawa dan merupakan pemain antarabangsa Indonesia.
- Ibunya berdarah Belanda.
- Beraksi untuk pasukan Persema Malang di Indonesia.
- Pernah beraksi untuk FC Utrecht (Belanda), HFC Haarlem (Belanda) dan SV Argon (Belanda).

Jhon Van Beukering


- Lahir di Velp, Belanda.
- Beraksi untuk pasukan Presikhaaf di Belanda.
- Pernah beraksi untuk Vitesse (Belanda), Zwolle (Belanda), De Graafschap (Belanda), N.E.C (Belanda), Go Ahead Eagles (Belanda), Feyernoord (Belanda), Pelita Jaya (Indonesia) dan Dordrecht (Belanda)

Raphael Maritimo


- Lahir di Rotterdam, Belanda.
- Beraksi untuk pasukan Bali De Vata FC di Indonesia.
- Pernah beraksi untuk FC Dordrecht (Belanda), SC Feyernoord AV (Belanda), FC BIT (China).

Diego Michiels


- Lahir di Deventer, Belanda.
- Beraksi untuk Persija Jakarta di Indonesia.
- Pernah beraksi untuk Go Ahead Eagles (Belanda), Pelita Jaya (Indonesia), Arema Indonesia (Indonesia).

Kim Jeffrey Kurniawan


- Lahir di Muhlacker, Jerman.
- Menjadi pemain naturalisasi pada 6 Disember 2010.
- Ibunya, Uschi merupakan rakyat Jerman.
- Bapanya, Petrus Kurniawan keturunan China Indonesia.
- Beraksi untuk Persema Malang di Indonesia.
- Pernah beraksi untuk FC 07 Heidelsheim (Jerman).

Cristian Gonzales


- Lahir di Montevideo, Uruguay.
- Menjadi pemain naturalisasi pada 3 November 2010.
- Isterinya, Eva Nurida Siregar rakyat Indonesia.
- Beraksi untuk Persisam Putra Samarinda di Indonesia.
- Pernah beraksi untuk Sud America (Uruguay),  Huracan Corrientes (Uruguay), Deportivo Maldonado (Uruguay), PSM Makassar (Indonesia), Persik Kediri (Indonesia), Persib Bandung (Indonesia).

LAOS

Saya rasa pasukan Laos tidak mempunyai sebarang pemain naturalisasi. Cuma mereka mempunyai beberapa pemain yang beraksi di Thailand. Antaranya : 

- Ketsada Souksavanh (Nong Khai FC)
- Sopha Saysana (Nong Khai FC)
- Kanyala Sysomvang (Khonkaen FC)
- Khampheng Sayavutthi (Khonkaen FC)
- Soukaphone Vongchiengkham (Krabi FC)

MYANMAR

Myanmar adalah salah satu pasukan yang sedang meningkat naik di bawah bimbingan Park Sung-Hwa. Mereka 100 % memakai pemain tempatan. 

FILIPINA

Pasukan ini merupakan salah satu pasukan yang tidak dapat ditewaskan oleh skuad Malaysia pada tahun 2012. Kedua-dua pasukan ini telah seri dua kali. Mereka ketika ini serius mahu menjulang Piala AFF Suzuki. Di bawah bimbingan Michael Wiss, Filipina telah banyak meningkat. Filipina ketika ini boleh dikatakan pasukan kedua terbaik di rantau Asia Tenggara. Tidak mustahil satu hari nanti mereka mampu untuk menyaingi pasukan-pasukan di peringkat Asia. Pasukan Filipina juga dikatakan menggunakan pemain naturalisasi. Antaranya : 



Rob Gier

- Dilahirkan di Ascot, England.
- Beraksi untuk Ascot United FC (England).
- Pernah beraksi untuk Wimbledon FC (England), Rushden & Diamonds FC (England), Cambridge United FC (England), Woking FC (Surrey), Aldershot Town FC (England) dan Gray Athletic FC (England).



Juan Luis Guirado

- Dilahirkan di Malaga, Sepanyol.
- Beraksi untuk Racing Lermeno (Sepanyol).
- Pernah beraksi untuk Antequera CF B (Sepanyol), Algeciras CF (Sepanyol), CE Mataro (Sepanyol), CD Don Benito (Sepanyol), Burgos CF (Sepanyol), CD Roquetas (Sepanyol), CF Reus Deportiu (Sepanyol), UE Sant Andreu (Sepanyol), UD Marbella (Sepanyol) dan Global FC (Filipina).


Carli de Murga

- Dilahirkan di El Puerto de Santa Maria, Sepanyol.
- Beraksi untuk Global FC (Filipina).
- Pernah beraksi untuk Cadiz CF B (Sepanyol), Atletico Sanluqueno CF (Sepanyol) dan Racing Club Portuense (Sepanyol)


Demitrius Omphroy

- Dilahirkan di Alameda, Amerika Syarikat.
- Bapanya keturunan Panama-Jerman.
- Ibunya berdarah Filipina.
- Beraksi untuk Global FC (Filipina).
- Pernah beraksi untuk San Francisco Seals (Amerika), Bay Area Ambassadors (Amerika) dan Toronto FC (Amerika).
- Pernah beraksi untuk skuad Amerika Bawah 19 Tahun dan Panama Bawah 21 Tahun.
- Memilih untuk mewakili Filipina pada 2012.


James Younghusband

- Dilahirkan di Ashford, Surrey, England.
- Beraksi untuk Loyola Meralco Sparks.
- Pernah beraksi untuk Chelsea FC (England), Wimbledon FC (England), Staines Town FC (England), Woking FC (England), Farnborough Town FC (England), San Beda FC.


Chris Greatwich

- Dilahirkan di Westminster, England.
- Beraksi untuk Morris County Colonials (Amerika Syarikat).
- Pernah beraksi untuk Ringmer FC (England), Lewes FC (England) dan Bognor Regis Town FC (England).


Jason de Jong

- Dilahirkan di Breda, Belanda.
- Beraksi untuk Stallion FC (Filipina).
- Pernah beraksi untuk KV Turnhout (Belgium), SC Veendam (Belanda), Persiba Balikpapan (Indonesia) dan FC Dordrecht (Belanda).


Jeffrey Christiaens

- Dilahirkan di Brussels, Belgium.
- Beraksi untuk Global FC (Filipina).
- Pernah beraksi untuk Torhout (Belgium).


Marwin Angeles

- Dilahirkan di Venice, Itali.
- Beraksi untuk Global FC (Filipina).
- Pernah beraksi untuk Laos FC.


Patrick Reichelt

- Dilahirkan di Berlin, Jerman.
- Beraksi untuk Global FC (Filipina).
- Pernah beraksi untuk Nordberliner SC (Jerman), Reinickendorfer Fuchse (Jerman), Energie Cottbus II (Jerman) dan TSG Neustrelitz (Jerman).


Matthew Uy

- Dilahirkan di New Hyde Park, New York, Amerika Syarikat.
- Beraksi untuk Global FC (Filipina).
- Pernah beraksi untuk Long Island Rough Riders (Amerika).
- Pernah mewakili skuad Amerika Bawah 17 Tahun.


Phil Younghusband

- Dilahirkan di Ashford, Surrey, England.
- Beraksi untuk Loyola Meralco Sparks (Filipina).
- Pernah beraksi untuk Chelsea FC (England), Esbjerg fB (Denmark), San Beda FC.


Denis Wolf

- Dilahirkan di Hannover, Jerman.
- Beraksi untuk Global FC (Filipina).
- Pernah beraksi untuk Hannover 96 II (Jerman), Hannover 96 (Jerman), Fortuna Dusseldorf (Jerman), FC Rot Weiss Erfurt (Jerman) dan FC Magdeburg (Jerman).


Neil Etheridge

- Dilahirkan di Enfield, London, England.
- Beraksi untuk Bristol Rovers FC (England).
- Pernah beraksi untuk Fulham FC (England), Leatherhead FC (England) dan Charlton Athletic FC (England).


Roland Muller

- Dilahirkan di Koln, Jerman Barat.
- Beraksi untuk MSV Duisburg (Jerman).
- Pernah beraksi untuk FC Koln II (Jerman) dan MSV Duisburg II (Jerman).

Walaupun beberapa pemain kacukan Filipina telah kembali beraksi di negara mereka sendiri, mereka masih mempunyai beberapa pemain yang beraksi di luar negara ketika ini. Antaranya : 

- Rob Gier (Ascot United FC-England)
- Juan Luis Guirado (Racing Lermeno-Sepanyol)
- Ray Anthony Jonsson (Grindavik-Iceland)
- Chris Greatwich (Morris County Colonials (Amerika Syarikat)
- Neil Etheridge (Bristol Rovers FC-England)
- Dennis Cagara (Karlsruher SC-Jerman)
- Angel Guirado (Salgaocar-India)
- Jerry Lucena (Esbjerg-Denmark)
- Paul Mulders (ADO Den Haag-Belanda)
- Manuel Ott (FC Ingolstadt 04 II-Jerman)
- Stephan Schrock (TSG 1899 Hoffeinheim-Jerman)
- Angelo Verheye (Gent-Belgium)

Terdapat beberapa lagi pemain berdarah kacukan Filipina. Berikut adalah senarai pemain berdarah kacukan :

- Alexander Borromeo (Amerika-Filipina)
- Dennis Cagara (Denmark-Filipina)
- Anton Del Rosario (Amerika-Filipina)
- Josh Boone (Amerika-Filipina)
- Angel Guirado (Sepanyol-Filipina)
- Jerry Lucena (Denmark-Filipina)
- Lexton Moy (Amerika-Filipina)
- Paul Mulders (Belanda-Filipina)
- Manuel Ott (Jerman-Filipina)
- OJ Porteria (Amerika-Filipina)
- Stephen Schrock (Jerman-Filipina)
- Nate Burkey (Amerika-Filipina)

THAILAND

Pasukan Thailand merupakan juara Piala AFF Suzuki 1996, 2000 dan 2002. Ketika ini mereka berada dikedudukan ketiga terbaik di Asia Tenggara. Rata-rata pemain mereka beraksi di liga mereka sendiri. Liga di Thailand merupakan antara liga terbaik di Asia. Tidak mustahil mereka mampu untuk melahirkan pemain berbakat hanya menerusi persaingan di dalam liga mereka sendiri.

SINGAPURA

Singapura adalah sebuah negara kecil. Mereka sebenarnya kekurangan pemain. Beberapa pemain dikatakan telah dinaturalisasikan oleh Singapura. Antaranya : 


Daniel Bennett

- Dilahirkan di Great Yarmouth, England.


Shi Jiayi

- Dilahirkan di Shanghai, China.


Mustafic Fahrudin

- Dilahirkan di Novi Pazar, Yugoslavia.


Aleksandar Duric

- Dilahirkan di Doboj, Bosnia And Herzegovina.

Terdapat beberapa lagi pemain yang telah di naturalisasikan oleh Singapura. Antara lainnya :

- Qiu Li (Shenyang, China)
- Agu Casmir (Lagos, Nigeria)
- Ruzaini Zainal (Johor, Malaysia)


VIETNAM

Vietnam merupakan juara bagi edisi 2008. Mereka boleh dikatakan pasukan terkuat di rantau Asia Tenggara. Mereka telah melalui beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa dengan baik. Mereka telah menewaskan beberapa pasukan seperti Hong Kong, Mozambique, Malaysia, dan Laos.

Vietnam menggunakan 100 % pemain tempatan dan mereka berjaya untuk menjadi pasukan no 1 di Asia Tenggara ketika ini. Kebanyakkan pemain yang digunakan oleh jurulatih Vietnam, Phan Thanh Hung adalah pemain yang beraksi di liga mereka sendiri.

Sebenarnya pasukan kebangsaan kita mempunyai beberapa pemain di luar negara. Saya akan bincang tentang pemain Malaysia yang beraksi di luar negara pada masa akan datang. Cuma skuad kebangsaan tidak perlu takut kepada mana-mana pasukan. Kita mesti bermain dengan cara kita sendiri. 

Majulah sukan untuk negara.....

RANKING TIDAK PENTING?

Di sini saya menyatakan tentang ranking bola sepak Malaysia. Ranking pasukan kebangsaan Malaysia ketika ini berada di tangga 163 (kedudukan sehingga bulan November). Jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagopal pernah memberitahu bahawa kedudukan ranking tidak penting dalam bola sepak. Bagi saya kedudukan ranking sangat penting kerana ranking boleh membuatkan pasukan kebangsaan kita dikenali oleh pasukan-pasukan lain. Kenapa pasukan seperti Sepanyol, Itali, Brazil, Argentina, Belanda dan Jerman tidak mahu berentap dengan pasukan kita? Pasukan-pasukan di benua Asia Tenggara sudah banyak meningkat seperti Filipina, Thailand dan Vietnam. 

KEDUDUKAN RANKING PASUKAN DI ASIA TENGGARA

138. Vietnam
143. Filipina
152. Thailand
156. Myanmar
163. Malaysia
163. Singapura
165. Indonesia
179. Laos
187. Timor Leste
187. Brunei
191. Kemboja

* kedudukan sehingga 15/11/2012*

Inilah kedudukan ranking pasukan-pasukan dibenua Asia Tenggara. Vietnam masih gah menjadi pasukan terkuat di Asia Tenggara. Filipina pula naik mendadak dengan mengatasi Thailand, Myanmar dan Malaysia. Ranking memainkan peranan dalam menentukan keputusan undian kejohanan seperti kelayakan Piala Dunia, kelayakan Piala Asia, kelayakan Sukan Olimpik. 

LAWAN MALAYSIA KETIKA PERLAWANAN PERSAHABATAN TAHUN 2012

Filipina (138)
- Malaysia mencatatkan keputusan seri selepas Shakir Ali menjaringkan gol pada minit ke 91 untuk memadamkan jaringan pada minit ke 34 oleh Denis Wolf.
- Perlawanan kedua menyaksikan kedua-dua pasukan mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan.

Sri Lanka (182)
- Malaysia mencatatkan kemenangan besar 6-0 hasil jaringan Wan Zack Haikal (2 gol), Hazwan Bakri (3 gol) dan Azamuddin Akil.

Singapura (163)
- Malaysia mencatatkan keputusan seri walaupun mendahului 2-0 hasil jaringan Azamuddin Akil dan Safiq Rahim sebelum Shahdan Sulaiman dan Qui Li menjaringkan gol penyamaan 6 minit sebelum perlawanan tamat.
- Perlawanan kedua menyaksikan Malaysia menumpaskan Singapura 2-0 hasil jaringan Shakir Ali dan Safiq Rahim.

Vietnam (138)
- Malaysia tewas 0-2 di tempat sendiri selepas Le Cong Vinh dan Phan Thanh Hung menjaringkan gol untuk pasukan Vietnam.
- Malaysia sekali lagi tewas di gelanggang lawan selepas Nguyen Trong Hoang menjaringkan gol tunggal perlawanan.

Hong Kong (172)
- Gol-gol dari Safee Sali, Safiq Rahim dan Fakri Saarani membolehkan Malaysia menang 3-0.
- Jaringan Safee Sali pada minit ke 58 tidak cukup untuk membantu Malaysia menang selepas Lam Hok Hei memanfaatkan kesilapan Khairul Fahmi Che Mat dan Aidil Zafuan untuk menjaringkan gol pada minit ke 88.

Thailand (152)
- Malaysia tewas selepas Prayad Boonya dan Arthit Sunthornpit menjaringkan gol walaupun Thailand bermain dengan sepuluh pemain.

Bangladesh (171)
- Khyril Muhymeen menanduk masuk gol pertama perlawanan pada minit ke 22 sebelum kesilapan Irwan Fadli Idrus memberikan sepakan penalti kepada Bangladesh dan tenang disudahkan  oleh Jahid Hasan Ameli pada minit ke 83.

Rata-rata pasukan yang ditentang oleh skuad negara adalah pasukan yang berada di tahap yang sama sahaja. Malaysia tidak boleh dianggap kuasa Asia Tenggara selagi mereka tidak boleh menewaskan pasukan rantau Asia Tenggara dengan mudah. Erti kata lain pasukan di benua Asia Tenggara tidak mampu menewaskan pasukan kebangsaan kita.

Apapun jika ingin melihat pasukan kita kembali digeruni, pasukan kebangsaan haruslah menguasai seluruh Asia Tenggara bukan dengan hanya memenangi Piala AFF Suzuki dan Sukan Sea malah mampu untuk menewaskan lawan benua Asia Tenggara pada bila-bila masa sahaja.

Majulah sukan untuk negara......

Tuesday, November 20, 2012

ADAKAH PIALA AFF SUZUKI 2012 MILIK MALAYSIA LAGI?

Di sini saya ingin memberitahu bahawa adakah Piala AFF Suzuki 2012 akan menjadi milik Malaysia sekali lagi? 

Malaysia akan menentang pasukan Singapura pada 24 November ini. Di ikuti perlawanan yang seterusnya iaitu menentang Laos pada 28 November dan Indonesia pada 1 Disember ini. Adakah barisan pemain yang dipilih oleh ketua jurulatih Datuk K. Rajagopal adalah tepat untuk menghadapi kejohanan ini?

Di sini saya ingin membincangkan tentang barisan pemain yang dipilih oleh Datuk K. Rajagopal dan barisan pemain yang sepatutnya dibawa ke kejohanan tersebut.

PERSIAPAN MENGHADAPI PIALA AFF SUZUKI 2012

Segala persiapan telah dilakukan oleh pasukan kebangsaan kita. Melihat dari perlawanan-perlawanan persahabatan, saya lihat pasukan kebangsaan kita tidak konsisten. Datuk K. Rajagopal memberitahu bahawa beliau sedang menguji barisan pemain. Bagi saya beliau tidak melakukan sebarang uji kaji langsung. Jika beliau melakukan uji kaji kenapa beliau masih memanggil pemain yang sentiasa beraksi? Kita lihat contoh Roy Hodgson. Hodgson melakukan ujikaji barisan pemain dengan menggabungkan beberapa pemain muda yang belum pernah beraksi untuk England dengan beberapa pemain senior. Jika Datuk K. Rajagopal ingin melakukan ujikaji, beliau tidak sepatutnya memanggil beberapa pemain yang sentiasa beliau gunakan seperti Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Safiq Rahim dan S. Kunalan.

Kita lihat keputusan perlawanan persahabatan pasukan kebangsaan kita pada tahun 2012 :

29 Februari 2012
- Malaysia vs Filipina (1-1)

28 April 2012
- Malaysia vs Sri Lanka (6-0)

1 Jun 2012
- Malaysia vs Filipina (0-0)

8 Jun 2012
- Malaysia vs Singapura (2-2)

12 Jun 2012
- Malaysia vs Singapura (2-0)

11 September 2012
- Malaysia vs Vietnam (0-2)

16 Oktober 2012
- Malaysia vs Hong Kong (3-0)

3 November 2012
- Malaysia vs Vietnam (0-1)

7 November 2012
- Malaysia vs Thailand (0-2)

14 November 2012
- Malaysia vs Hong Kong (1-1)

20 November 2012
- Malaysia vs Bangladesh (1-1)

Inilah senarai perlawanan persahabatan antarabangsa pasukan Malaysia. Malaysia mencatatkan 3 kemenangan, 5 seri dan 3 kekalahan.

Datuk K. Rajagopal pernah mengatakan bahawa pasukan beliau tidak akan mempamerkan persembahan sebenar sebelum Piala AFF Suzuki kerana beliau mengatakan terdapat 'spy' yang dikatakan mengintip cara permainan pasukan Malaysia. Kenapa Sepanyol, Itali, Brazil, Argentina, Jerman, Belanda dan England tiada masalah untuk mempamerkan persembahan sebenar mereka walaupun mereka tahu ia hanyalah satu perlawanan persahabatan? Ini kerana Datuk K. Rajagopal hanya mempunyai satu strategi. Beliau tidak mempunyai kepakaran seperti Vicente Del Bosque, Roy Hodgson, Cesare Prandelli, Jose Mourinho, Pep Guardiola, Jochim Low dan Sir Alex Ferguson. Setiap jurulatih mesti mempunyai lebih dari satu strategi dan taktik. 

BARISAN PEMAIN PILIHAN DATUK K. RAJAGOPAL

- Farizal Marlias
- Khairul Fahmi
- Izham Tarmizi
- Faizal Muhammad
- Fadhli Shas
- Irwan Fadhli Idrus
- Aidil Zafuan
- Mahali Jasuli
- Bunyamin Umar
- Zubir Azmi
- Azmi Muslim
- Shakir Shaari
- Amar Rohidan
- Gary Steven Robbat
- Safiq Rahim
- Baddrol Bakhtiar
- Fakri Saarani
- Wan Zack Haikal
- S. Kunalan
- Hazwan Bakri
- Khyril Muhymeen
- Safee Sali
- Zaquan Adha
- Norshahrul Idlan Talaha

Barisan pemain-pemain ini ada yang menyinar dan ada yang kurang menyinar. Jika barisan pemain-pemain ini adalah untuk ujian, kenapa Datuk K. Rajagopal tidak menurunkan Izham Tarmizi, Faizal Muhammad, Irwan Fadhli Idrus, Hazwan Bakri dan Zaquan Adha. Pemain seperti Faizal Muhammad, Irwan Fadhli Idrus, Hazwan Bakri dan Zaquan Adha tidak mempunyai masa permainan yang banyak untuk dibuktikan bahawa mereka layak bermain untuk pasukan kebangsaan.

Barisan pemain-pemain yang saya lihat kurang menyinar dalam beberapa perlawanan persahabatan baru-baru ini ialah :

- Irwan Fadhli Idrus
- Bunyamin Umar
- Azmi Muslim
- Amar Rohidan
- Gary Steven Robbat
- Safiq Rahim
- Fakri Saarani
- S. Kunalan
- Norshahrul Idlan Talaha

Entah macam mana cara Datuk K. Rajagopal memilih barisan pemain untuk ke kejohanan Piala AFF Suzuki. Saya tidak pernah nampak pun Datuk K. Rajagopal turun melihat perlawanan Liga Super, Liga Perdana, Piala FA ataupun Piala Malaysia. Beliau seperti mempunyai sifat pilih kasih.

Ini adalah barisan pemain yang menyinar dalam liga di Malaysia :

- Norazlan Razali (Selangor FA)
- Asraruddin Putra Omar (Selangor FA)
- Muslim Ahmad (Terengganu FA)
- K. Reuben (ATM FA)
- Amirizwan Taj Tajuddin (ATM FA)
- Shukor Adan (Negeri Sembilan FA)
- Badri Radzi (Kelantan FA)
- Joseph Kalang Tie (Terengganu FA)
- Shahrulnizam Mustapha (Perak FA)
- Hafiz Kamal (Pahang FA)
- Ashaari Shamsuddin (Terengganu FA)
- S. Chanturu (Kelantan FA)
- Venice Elphi (ATM FA)
- Mohd Faiz Subri (T-Team FC)
- Nurul Azwan Roya (Kelantan FA)
- Indra Putra (Kelantan FA)
- Norfarhan Muhammad (Kelantan FA)
- R. Gopinanthan (Pahang FA)
- Shahurain Abu Samah (Negeri Sembilan FA)
- Abdul Manaf Mamat (Terengganu FA)
- Afiq Azmi (Kelantan FA)
- Mohd Amri Yahya (Selangor FA)
- Failee Ghazli (Perak FA)
- Azamuddin Akil (Pahang FA)
- Shakir Ali (Negeri Sembilan FA)

BARISAN PEMAIN PILIHAN SAYA SENDIRI

1. Farizal Marlias (Perak FA)
2. Mahali Jasuli (Selangor FA)
3. Amirizwan Taj Tajuddin (ATM FA)
4. Muslim Ahmad (Johor FC)
5. K. Reuben (ATM FA)
6. Fadhli Shas (Harimau Muda A)
7. Aidil Zafuan (Johor FC)
8. Safiq Rahim (Johor FC)
9. Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan FA)
10. Safee Sali (Arema FC-Indonesia)
11. Baddrol Bakhtiar (Kedah FA)
12. Azamuddin Akil (Pahang FA)
13. Venice Elphi (ATM FA)
14. Khyril Muhymeen (Kedah FA)
15. Shakri Shaari (Kelantan FA)
16. Badri Radzi (Kelantan FA)
17. Hazwan Bakri (Harimau Muda A)
18. Rozaimi Abdul Rahman (Harimau Muda A)
19. Wan Zack Haikal (Harimau Muda A)
20. Zubir Azmi (Terengganu FA)
21. Nazmi Faiz Mansor (SC Beira Mar-Portugal)
22. Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan FA)
23. R. Gopinanthan (Pahang FA)

Tetapi apapun saya masih mengharapkan pasukan Malaysia mampu menjulang Piala AFF Suzuki tahun ini. Tetapi harus saya ingatkan kepada Datuk K. Rajagopal, anda perlu memiliki strategi dan taktik yang lain. Jangan mengharapkan satu strategi dan satu taktik sahaja. Belajarlah dari pasukan Jepun. Filipina, Vietnam, Indonesia dan Thailand sedang dalam pembikinan untuk bergelar juara. 

Majulah sukan untuk negara......