Di sini saya menyatakan tentang ranking bola sepak Malaysia. Ranking pasukan kebangsaan Malaysia ketika ini berada di tangga 163 (kedudukan sehingga bulan November). Jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagopal pernah memberitahu bahawa kedudukan ranking tidak penting dalam bola sepak. Bagi saya kedudukan ranking sangat penting kerana ranking boleh membuatkan pasukan kebangsaan kita dikenali oleh pasukan-pasukan lain. Kenapa pasukan seperti Sepanyol, Itali, Brazil, Argentina, Belanda dan Jerman tidak mahu berentap dengan pasukan kita? Pasukan-pasukan di benua Asia Tenggara sudah banyak meningkat seperti Filipina, Thailand dan Vietnam.
KEDUDUKAN RANKING PASUKAN DI ASIA TENGGARA
138. Vietnam
143. Filipina
152. Thailand
156. Myanmar
163. Malaysia
163. Singapura
165. Indonesia
179. Laos
187. Timor Leste
187. Brunei
191. Kemboja
* kedudukan sehingga 15/11/2012*
Inilah kedudukan ranking pasukan-pasukan dibenua Asia Tenggara. Vietnam masih gah menjadi pasukan terkuat di Asia Tenggara. Filipina pula naik mendadak dengan mengatasi Thailand, Myanmar dan Malaysia. Ranking memainkan peranan dalam menentukan keputusan undian kejohanan seperti kelayakan Piala Dunia, kelayakan Piala Asia, kelayakan Sukan Olimpik.
LAWAN MALAYSIA KETIKA PERLAWANAN PERSAHABATAN TAHUN 2012
Filipina (138)
- Malaysia mencatatkan keputusan seri selepas Shakir Ali menjaringkan gol pada minit ke 91 untuk memadamkan jaringan pada minit ke 34 oleh Denis Wolf.
- Perlawanan kedua menyaksikan kedua-dua pasukan mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan.
Sri Lanka (182)
- Malaysia mencatatkan kemenangan besar 6-0 hasil jaringan Wan Zack Haikal (2 gol), Hazwan Bakri (3 gol) dan Azamuddin Akil.
Singapura (163)
- Malaysia mencatatkan keputusan seri walaupun mendahului 2-0 hasil jaringan Azamuddin Akil dan Safiq Rahim sebelum Shahdan Sulaiman dan Qui Li menjaringkan gol penyamaan 6 minit sebelum perlawanan tamat.
- Perlawanan kedua menyaksikan Malaysia menumpaskan Singapura 2-0 hasil jaringan Shakir Ali dan Safiq Rahim.
Vietnam (138)
- Malaysia tewas 0-2 di tempat sendiri selepas Le Cong Vinh dan Phan Thanh Hung menjaringkan gol untuk pasukan Vietnam.
- Malaysia sekali lagi tewas di gelanggang lawan selepas Nguyen Trong Hoang menjaringkan gol tunggal perlawanan.
Hong Kong (172)
- Gol-gol dari Safee Sali, Safiq Rahim dan Fakri Saarani membolehkan Malaysia menang 3-0.
- Jaringan Safee Sali pada minit ke 58 tidak cukup untuk membantu Malaysia menang selepas Lam Hok Hei memanfaatkan kesilapan Khairul Fahmi Che Mat dan Aidil Zafuan untuk menjaringkan gol pada minit ke 88.
Thailand (152)
- Malaysia tewas selepas Prayad Boonya dan Arthit Sunthornpit menjaringkan gol walaupun Thailand bermain dengan sepuluh pemain.
Bangladesh (171)
- Khyril Muhymeen menanduk masuk gol pertama perlawanan pada minit ke 22 sebelum kesilapan Irwan Fadli Idrus memberikan sepakan penalti kepada Bangladesh dan tenang disudahkan oleh Jahid Hasan Ameli pada minit ke 83.
Rata-rata pasukan yang ditentang oleh skuad negara adalah pasukan yang berada di tahap yang sama sahaja. Malaysia tidak boleh dianggap kuasa Asia Tenggara selagi mereka tidak boleh menewaskan pasukan rantau Asia Tenggara dengan mudah. Erti kata lain pasukan di benua Asia Tenggara tidak mampu menewaskan pasukan kebangsaan kita.
Apapun jika ingin melihat pasukan kita kembali digeruni, pasukan kebangsaan haruslah menguasai seluruh Asia Tenggara bukan dengan hanya memenangi Piala AFF Suzuki dan Sukan Sea malah mampu untuk menewaskan lawan benua Asia Tenggara pada bila-bila masa sahaja.
Majulah sukan untuk negara......
No comments:
Post a Comment